|
 |
|
BULETIN |
|
.jpg)
Bulan
April juga merupakan bulan akademik. Bermula dengan minggu
teknik dan vokasional, diikuti dengan minggu sains, minggu
kemanusiaan dan minggu bahasa. Berbagai aktiviti telah
dijalankan sepanjang minggu akademik seperti pameran teknik dan
vokasional, karnival sains, pertandingan kuiz, melukis poster
majlis penutupan bulan akademik diadakan dengan begitu meriah
sekali. Sambutan daripada pelajar adalah amat menggalakkan. |
|

Hari
anugerah telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April 2009.
Acara bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada 9.30 petang. Hari
anugerah pada tahun ini dibuat secara sederhana kerana untuk
menjimatkan perbelanjaan. Acara majlis dibuat di hadapan astaka
skolah yang baru dan dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG iaitu
Ybhg. Datin Normah Hanum bt Dato' Ibrahim. |
|
Pertandingan bola baling MSSPK Kinta
Selatan telah berlangsung dengan jayanya pada 8 hingga 9
April 2009 dengan SMK Dato Bendahara C.M Yusuf menjadi
tuan rumah. Pertandingan berlangsung dengan baik
walaupun padang sekolah agak becak. Di dalam
pertandingan itu pihak tuan rumah C.M Yusuf telah
berjaya menjadi naib johan bagi kedua-dua pasukan lelaki
dan perempuan. Tahniah diucapkan. |
|
|

Pada
31 Mac 2009 mesyuarat agung PIBG kali ke-40 telah berlangsung
dengan jayanya. Walaupun tidak kesemua ibubapa yang hadir namun
kehadiran ibupaba mencecah 60 orang kesemuanya menyebabkan dewan
blok G yang dijadikan tempat bermesyuarat penuh. Berbagai usul
telah dibentangkan dan berbagai cadangan dan perbincangan telah
diajukan. Pihak PIBG sebulat suara bersetuju mengekalkan AJK
PIBG yang sedia ada bagi menjalankan tugas-tugas khas PIBG
dengan Datin Normah Hanum bt Dato' Ibrahim sebagai yang dipertua
PIBG. Syabas diucapkan kepada semua ibubapa yang hadir pada hari
berkenaan. Ingatlah anak-anak kita adalah pelaburan kita pada
masa akan datang. |
|

Pada
31 Mac telah berlangsung satu program penutupan bulan dakwah
yang telah dijalankan sepanjang bulan Mac. Di majlis penutupan
bulan dakwah pihak sekolah telah menjemput Ustaz Shamsul Kamal
dari Jabatan Pelajaran Perak memberikan ceramah dan motivasi
kepada semua pelajar islam di sekolah ini. Program berjalan
dengan lancar dan baik. |
|

Kejohanan olahraga sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada
7 Mac 2009. Apa yang paling mengejutkan ialah rumah Temenggong
telah berjaya menjadi johan setelah sekian lama berada di tempat
yang tercorot. Tahniah buat ahli rumah temenggong dan guru-gurunya
yang tidak pernah putus asa. Secara keseluruhan johan pada rumah
Temenggong, Naib johan rumah Menteri, ketiga rumah Laksama dan
yang tercorot rumah Bendahara |
|

Pada
4 Mac 2009 telah berlangsung satu majlis Pentaulihan Pengawas di
sekolah ini. Antara pengawas yang telah diberi tauliah pada hari
berkenaan ialah Pengawas sekolah, Pengawas pusat sumber,
Pengawas ICT, Pebimbing rakan sebaya, Pengawas koperasi serta
Ahli lembaga majalah sekolah. Tahniah diucapkan kepada mereka di
harap mereka dapat menjawat jawatan dengan penuh dedikasi dan
dapat membantu sekolah kearah kecemerlangan. |
|

Pada 25.2.09 berlangsung acara 800m terbuka perempuan telah
dimenangi oleh rumah Laksamana, Temenggung ditempat kedua.Bagi
acara 1500m lelaki terbuka Johan dari rumah Laksamana, kedua
Menteri dan ketiga Temenggung.acara tarik tali telah berlangsung
dengan baik walaupun hujan pada waktu itu. |
|

Pada
14.02.09 telah berlangsung acara merentas desa kali ke-18 bagi
sekolah ini. Rumah sukan yang terlibat ialah Bendahara (biru),
Laksamana (hijua), Menteri (merah) dan Temenggung (kuning).
Acara bermula pada jam 9.00pg dan berakhir kira-kira jam
11.40pg. Di dalam kejohanan ini rumah Laksamana telah menjadi
juara dengan mata 160, diikuti oleh Bendahara 155, Menteri
ditempat ketiga dengan mata 145 dan di tempat tercorot Temengung
dengan mata 131 |
|

Pada
awal tahun ini kita telah dikejutkan dengan tragedi peperangan
di antara negara Israel dan Palestin. Di dalam peperangan ini
Negara Palestin telah hancur diserang oleh Yahudi laknat. Pihak
sekolah amat bersimpati dengan apa yang menimpa rakyat Palestin.
Dengan itu pihak sekolah telah mengadakan kutipan derma bagi
meringankan beban mangsa-mangsa peperangan yang tidak
berkesudahan ini. Ingat tangan yang memberi lebih baik dari yang
menerima. Marilah kita membantu saudara seagama |
|

Sekitar pengambilan keputusan PMR..Tahniah kepada pelajar yang
cemerlang. Diharap kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada
masa depan yang lebih cerah. Secara keseluruhan keputusan PMR
2008 menurun dari 62.84% kepada 52.21%. Terdapat enam orang
pelajar telah mendapat 8A dan empat orang pelajar mendapat 7A
1B. Tahniah dan teruskan usaha anda. |
| |
|
©
2006 Hak cipta terpelihara. SMK Dato'
Bendahara C.M Yusuf, 31800 Tanjong Tualang, Perak
Tel : 05-3609219 Fax :
05-3609219
Untuk paparan yang lebih baik
gunakan resolusi 1024x768
|